Saturday, April 17, 2010

KENAPA MEMILIH CD?

Kenapa anda masih ragu-ragu untuk menggunakan Kain Lampin Moden????

i. Mahal - Perbelanjaan hanya sekali, berapakah perbelanjaan sebulan lampin pakai buang anak anda??




ii.Elok ke? - Betul...dah ramai ibu2 bijak menggunakannya. Sama seperti mggunakan lampin pakai buang.




iii.Malas..- Oppss..kalau yang ini tak dapek la den nak nolong..he3..





Mengapa Perlu Memakai One Size Diaper??Lampin Kain Moden

Pernah terfikir untuk membasuh Disposable Diaper anak anda untuk berjimat??Atau letih bertukar jenama lampin pakai buang dek kerana anak terkena ruam lampin??Berapa banyakkah perbelanjaan untuk lampin pakai buang anak anda yang dikeluarkan setiap bulan ?Kalau seorang anak....emm...masih boleh tahan...bagaimana kalau 2 atau 3 orang yang masih memakai lampin pakai buang??

Bayangkan jika perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali.Perbelanjaan hanya sekali, malah kalau dapat menjimatkan sekeping atau 2 keping Disposable Diaper sehari pun sudah mampu mengurangkan kos.

Bayangkan : Andai kata anda membelanjakanRM0.45 x 3 keping sehari x 365 hari x 3 tahun(sebelum anak potty)= RM 1,478.25 .Jika anda menggunakan cloth diaper RM49.00 x 3 keping sehari = RM 147.00 selama 3 tahun

Siapa yang tak nak kalau benda yang perlu dibuang, tetapi boleh digunakan semula.Mengapa hendak dibazirkan duit anda setiap hari.Bukan senang mencari duit melainkan duit itu turun dari langit!Tak pelu bimbang untuk membasuh...sama macam membasuh pakaian lain...cuma untuk lebih tahan lama, hanya perlu masukkan ke dalam laundry bag aje (Net).Setiap insert boleh tahan selama 3 - 4 jam...lepas tu boleh diganti dengan insert yang lain tetapi masih menggunakan diaper cover yang sama.Tahan lagi 3 - 4 jam..


Sama2 lah kita fikirkan, bukan sekadar berjimat, malah dapat menyelamatkan alam sekitar untuk anak cucu kita kemudian hari.Kurangkan pemanasan global hasil kemalasan kita yang begitu naif ...keadaan bumi dikemudian hari adalah ditangan kita sebagai ibu bapa.Wariskan alam sekitar yang lebih sihat untuk anak-anak kita.Hapuskan penggunaan lampin pakai buang yang mengambil masa 500tahun untuk terurai ini!Go Green..


Save our Earth..Fikir-fikirkan lah...





Sekian...