Monday, April 19, 2010

APA ITU CLOTH DIAPER?

Apa itu cloth diaper?
Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?
Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg saya perkenalkan CD jenis AIO ini di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!!

Macam mana nak basuh?
Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.

Saturday, April 17, 2010

KENAPA MEMILIH CD?

Kenapa anda masih ragu-ragu untuk menggunakan Kain Lampin Moden????

i. Mahal - Perbelanjaan hanya sekali, berapakah perbelanjaan sebulan lampin pakai buang anak anda??




ii.Elok ke? - Betul...dah ramai ibu2 bijak menggunakannya. Sama seperti mggunakan lampin pakai buang.




iii.Malas..- Oppss..kalau yang ini tak dapek la den nak nolong..he3..





Mengapa Perlu Memakai One Size Diaper??Lampin Kain Moden

Pernah terfikir untuk membasuh Disposable Diaper anak anda untuk berjimat??Atau letih bertukar jenama lampin pakai buang dek kerana anak terkena ruam lampin??Berapa banyakkah perbelanjaan untuk lampin pakai buang anak anda yang dikeluarkan setiap bulan ?Kalau seorang anak....emm...masih boleh tahan...bagaimana kalau 2 atau 3 orang yang masih memakai lampin pakai buang??

Bayangkan jika perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali.Perbelanjaan hanya sekali, malah kalau dapat menjimatkan sekeping atau 2 keping Disposable Diaper sehari pun sudah mampu mengurangkan kos.

Bayangkan : Andai kata anda membelanjakanRM0.45 x 3 keping sehari x 365 hari x 3 tahun(sebelum anak potty)= RM 1,478.25 .Jika anda menggunakan cloth diaper RM49.00 x 3 keping sehari = RM 147.00 selama 3 tahun

Siapa yang tak nak kalau benda yang perlu dibuang, tetapi boleh digunakan semula.Mengapa hendak dibazirkan duit anda setiap hari.Bukan senang mencari duit melainkan duit itu turun dari langit!Tak pelu bimbang untuk membasuh...sama macam membasuh pakaian lain...cuma untuk lebih tahan lama, hanya perlu masukkan ke dalam laundry bag aje (Net).Setiap insert boleh tahan selama 3 - 4 jam...lepas tu boleh diganti dengan insert yang lain tetapi masih menggunakan diaper cover yang sama.Tahan lagi 3 - 4 jam..


Sama2 lah kita fikirkan, bukan sekadar berjimat, malah dapat menyelamatkan alam sekitar untuk anak cucu kita kemudian hari.Kurangkan pemanasan global hasil kemalasan kita yang begitu naif ...keadaan bumi dikemudian hari adalah ditangan kita sebagai ibu bapa.Wariskan alam sekitar yang lebih sihat untuk anak-anak kita.Hapuskan penggunaan lampin pakai buang yang mengambil masa 500tahun untuk terurai ini!Go Green..


Save our Earth..Fikir-fikirkan lah...





Sekian...

CARA MEMBASUH CD

CARA MEMBASUH CD

Cara basuh sama jer ngan MOMMIES2 di luar sana, Cuma mungkin ada sedikit kelainan mengikut kesesuaian & cara mana yang mudah pada diri masing-masing.
Okey, kita mulakan dengan langkah pertama,

1. Bila anda dapat sahaja CD anda, silalah basuh dahulu cloth diaper AIO anda sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan. Harus anda ingat, semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elak leaking. Bila dah banyak kali basuh nanti, Insyallah prestasi CD akan akan bertambah baik. Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitive. Saya guna sabun Pureen Had ni sbb sesuai utk kulit bayi & yg penting tiada enzim pewangi/pemutih.



Jika nak basuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti berserabut CD anda jadinya) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitannya agar tdk rosak). Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


Sedia berbakti pada tuannya




Masukkan CD dalam mesin basuh~~kalu ada laundry net lagi bagus! (masa nie lupa nak pakai net tu...he3, lupe aje!) Jangan lupa masukkan sabun yer!




Selalunya saya set basuhan 'Soak', yang lain MR 'M' bantu utk wash & spin :-P
OK!
Jika berpoo-poo pula, saya buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo. Kadang-kadang saya letak bawah air paip yang deras, poo poo tu mengalir ke lubang dalam tandas. Ikut korang la nak buat macam mana yer janji poo poo anak anda di alirkan ke tempat yang betul, he3…kang tetiba hubby pengsan terkejut plak nengok berlonggok poo poo yg kehijauan, kekuningan. Kadang2 saya rendam dalam besen dlu. Pastu baru lempar masuk mesin sekali ngan CD kena pee pee yg dah dibilas.



Ni CD yang POO POO nyer telah di alir ke lubang tandas..ni saya jirus bawah paip agar tak dak saki baki kesan POO POO, mana tahu masih melekat.
AMARAN:
JANGAN sesekali anda masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper.


Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.
Di sini saya ingin berpesan pd anda yang baru nak mula ber CD ni, jangan rendam CD anda tu jika belum tiba masa anda nak membasuh. Ini kerana CD itu bertujuan menampung air dr pee pee anak anda sahaja, bukan menampung selain dr itu. Di bimbangi jika anda rendam terlalu lama, akan ada bau hancing pada CD anda (saya dah terkena dulu, hu3).



hah ni la bakul penyelamat CD2 yg dah digunakan. Yang kat bwh utk CD yang kena PEE PEE, yg kat atas yang kena POO POO....
Jika CD AIO anda ada kekuningan (akibat dari POO POO anak anda) jangan risau!!!! Ia akan hilang apabila dijemur ditengah panas matahari !!dulu saya pun tak tahu, bila kering tengok ada kesan kuning-kuning, mula la ati risau. Tanya kat sifu , dia gtaw cara ni. Memang berkuasa matahari ni, kaler kekuningan, kuning sama kuning jugak baru jadi….(meraban lagi, tak pe la janji korang paham).

Hah ni CD2 saya yang dah siap di basuh. Dulu masa CD skit saya gantung aje kat depan pintu, kena kipas, kering la CD2 tu. Masa tu saya cuba beberapa brand, semuanya jenis poket. So sekarang ni mmg saya guna yang jenis AIO utk di hantar ke bbsitter . Mudah dia nak pakaikan . Yang jenis poket saya pakaikan waktu malam, AIO utk waktu siang.
Tp bila dah byk nie saya gantung kat cni ha...mcm pic kat bawah nie..he3...letak bawah kipas, senang pakai AIO ni, bila dah kering, saruk je kat bb..he3..



Wednesday, April 7, 2010

TAWARAN HEBAT

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN! IBU BAPA!.. :-)

Setiap pembelian 5 CD , anda akan mendapat percuma 1 helai legging yang comey menawan..(Harga sehelai CD di pasaran ialah RM15)

Legging akan diberi percuma berdasarkan size dan design yang ada pada tangan saya..

Berikut adalah design2 legging yang ditawarkan :







Sunday, April 4, 2010

CARA PEMBELIAN

Buat pembayaran secara penuh atas nama

ZAIMARUL AIDIER BIN MOHD ZAIN

pada mana-mana no akaun bank berikut :

i) CIMB Bank - 1457 0000 1092 01

ii) MAYBANK - 1640 3429 4716

Sila emel / sms / call saya selepas membuat pembayaran. (Nyatakan tarikh, masa dan amaun dimasukkan sebagai bukti pembayaran)

Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran,kecuali dinyatakan.

Kos penghantaran bergantung kepada kuantiti CD yang hendak dibeli..

Delivery hanya akan dibuat selepas complete pembayaran.Sila Isi ORDER FORM agar saya dapat memproses Order anda. Pastikan maklumat penting di isi untuk melicinkan lagi urusan :-)

JADUAL PENGGUNAAN CD SETIAP HARI

.



6pg-9pg : 1cd with 1 insert

9pg-12tgh : 1cd with 1 insert

12tgh-3ptg : 1cd with 1 insert

3ptg-6mlm : 1cd with 1 insert

6ptg-9mlm : 1cd with 1 insert

9mlm-12mlm : 1cd with 1 insert

12mlm-6pg : 1cd with 2 insert

Jumlah: 6-7 helai cloth diaper sehari, dengan penggunaan selama 3@4jam sekali di siang hari dan 6 jam di waktu malam.

Tuesday, February 2, 2010

CD COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL



COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL!

"Releases Far Infrared Ray"
Bamboo charcoal fiber releases for infrared ray which can improve blood circulation and keep the body warm. it helps health care ~

"Moisture Absorbing and Quickly Drying"
The cross-section fiber can absorb sweat and release it quickly to keep the skin dry and comfortable.





Bahagian Hadapan CD. Warna button yg seakan sama dengan warna PUL CD.


Atoll Blue & Warm Purple

Tengok pada butang nya,
Coolababy baru ni butangnya sama dengan warna PUL. Coola Versi lama button warna putih










Bahagian dalam (inner) berwarna kelabu. Amat lembut. Di bawahnya bahagian PUL. Ada tambahan butang pada wing spt konsep babyland cd, sesuai untuk laras pinggang baby yang kecil (new born).
Insert nya sama mcm insert coola sedia ada, cuma perbezaan pada inner dan button.
Terdapat 13 warne pilihan (warna pilihan sama seperti cd coolababy yang lama)



Komen:

CD ni amat cantik sekali!Dengan warna butang seiring warna CD mmg nampak berlainan. Kadang2 rasa jemu juga kalu tengok benda yang lama berulang2 so bila Coolababy keluarkan sesuatu yang baru spt ini amat menerujakan.
(memadai reka ayat baru :-p)
Yang lebih penting, fungsi nya spt yang diwar2kan iaitu bagus untuk peredaran darah & lebih hygiene!

HARGA = RM35/pc ( 2 insert )

Sunday, January 3, 2010

CD BABYLAND




CD ini terbahagi kepada 2 jenis :

i) Babyland Printed

ii) Babyland Plain

Perbezaan antara kedua2 CD ini hanyalah pada design nya sahaja dimana untuk Babyland Printed terdapat 4 corak pada CD ini dan Babyland Plain pula hanya design kosong.

Babyland Printed terdapat 4 jenis corak iaitu :





a) SPONGEBOB
b) MONKEY BLUE
c) SWIRL BLACK
d) SWIRL PINK

Ini pula ialah contoh CD Babyland Plain ..comey tak CD dan modelnye ni? he3






Babyland Plain kaler pink...........






Babyland Plain kaler putih...........


CD ini didatangi dengan 2 insert. Harga yang ditawarkan ialah RM29.